Sunday 17 March 2013

PeLaJaR kU PeLaJaR BeRdISiPLIn


Situasi: cikgu Daniel seorang guru di kelas 3 mesra, beliau seorang yang tidak mampu untuk mengawal kelas untuk menyuruh supaya pelajar-pelajarnya tidak membuat bising dan berkeliaran semasa beliau sedang mengajar.

Objektif: Cara atau aktiviti yang boleh dilakukan cikgu Daniel supaya dapat mengawal kelasnya.

Langkah pertama:

Peraturan-peraturan Kelas.

Semasa cikgu Daniel masuk ke dalam kelas cikgu Daniel  memperkenalkan satu set peraturan-peraturan yang ringkas kepada murid-murid dalam kelas. Peraturan-peraturan tersebut boleh paparkan dalam bentuk PowerPoint dan juga satu jadual untuk dilekatkan dalam kelas.

Antara peraturan-peraturan yang ditetapkan ialah:

1. Murid-murid dikehendaki untuk tidak membuat bising sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
2. Murid-murid boleh berbincang dalam kumpulan sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan, tetapi dengan nada suara yang lembut.
3. Murid-murid harus bekerjasama dalam kumpulan masing-masing sekiranya aktiviti berkumpulan dijalankan.
4. Murid-murid harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
5. Murid-murid harus menghantar kerja rumah atau kelas yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan.


Langkah terakhir:

Kaedah hukuman dan ganjaran

Seterusnya, cikgu Daniel memperkenalkan satu papan hukuman kepada murid-murid dalam kelas. Melalui papan ganjaran ini, setiap murid mempunyai nama disitu. Sekiranya terdapat tingkah laku murid-murid yang kurang baik sepanjang pengajaran yang dijalankan untuk satu sesi, maka satu permata hitam  akan diberikan kepada individu tersebut. Pada setiap hujung bulan. individu yang mengumpul permata terbanyak akan diberi hukuman tertentu oleh guru, seperti mengutip sampah, mengelap tingkap atau sebagainya. Untuk individu yang jumlah permata terendah akan diberikan hadiah.

luqman zaian

No comments:

Post a Comment