Sunday 17 March 2013

AKTIVITI PEMBELAJARAN YANG POSITIF DALAM BILIK DARJAH


oleh: afham syazzz

Terdapat aktiviti yang boleh membantu mengatasi masalah disiplin dalam bilik darjah. Aktiviti yang diwujudkan perlulah mempunyai matlamat dan objektif yang berkesan terhadap disiplin murid di dalam bilik darjah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti aktiviti yang memberikan tanggungjawab kepada semua murid di dalam bilik darjah. Sebagai contohnya guru boleh membuat aktiviti yang diberi nama “ Kita Tengok Siapa Yang Kena”.             Cara aktiviti ini dilaksanakan adalah dengan memberikan ganjaran seandai murid di dalam bilik darjah tersebut melakukan arahan guru dengan betul manakala sekiranya murid tersebut tidak melakukan dengan betul terhadap arahan yang diberikan oleh guru maka murid tersebut akan menerima hukuman. Sebagai contohnya guru memberi teka-teki, kemudian murid tersebut akan di berikan masa untuk menjawab dalam kumpulan. Sekiranya terdapat kumpulan tidak  boleh menjawab maka hukuman akan dibuat oleh guru tersebut.
            Selain itu juga, guru tersebut boleh mempelbagaikan aktiviti “ Kita Tengok Siapa Yang Kena “ dengan menyuruh murid melakonkan sesuatu watak sehingga setiap kumpulan dapat menjawab dengan betul. Oleh itu, setiap kumpulan akan menjawab dengan bersungguh-sungguh daripada menerima hukuman.
            Kesimpulannya, aktiviti ini boleh di pelbagaikan dengan menggunakan kreativiti oleh guru itu sendiri. Guru seharusnya kreatif dan mempunyai inovasi di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 

No comments:

Post a Comment