Thursday 11 April 2013

Pelajar Mampu Berubah

Situasi: Cikgu Daniel seorang guru di kelas 3 mesra, beliau seorang yang tidak mampu untuk mengawal kelas untuk menyuruh supaya pelajar-pelajarnya tidak membuat bising dan berkeliaran semasa beliau sedang mengajar.

Objektif: Cara atau aktiviti yang boleh dilakukan cikgu Daniel supaya dapat mengawal kelasnya.
Langkah pertama:

Menggunakan kaedah yang lebih dekat dengan pelajar:

1. Cikgu Daniel menayangkan video untuk menarik perhatian pelajarnya bersesuaian dengan tajuk ataupun bersifat motivasi dalaman bagi meningkatkan daya pembelajaran murid.

( maksudnya Cikgu Daniel perlu menyiapkan dengan lebih awal penggunaan LCD dan sebagainya)

2. Cikgu Daniel juga boleh memainkan lagu berserta lirik untuk dinyanyikan bersama-sama pelajarnya. Lagu yang ditayangkan itu mestilah lagu yang berunsur nasihat dan memberi motivasi kepada pelajar.

Bagaimana pula jika tiada LCD atau berkemungkinan tiada elektrik pada hari itu?

- Cikgu Daniel boleh menyediakan lirik lagu yang menjadi kebiasaan murid supaya murid dapat menyanyikan lagu bersama-sama.

Kesimpulan :
Murid akan lebih mudah untuk dekati dan mengikut arahan guru apabila kita memahami apa yang mereka inginkan. dengan menggunakan kaedah nyanyian ini, murid akan mudah memberi respon yang positif terhadap pengajaran guru.

No comments:

Post a Comment