Sunday 17 March 2013

Latih Tubi Meletup



Aktiviti: : Latih tubi Meletup
Objektif:
1. menggunakan seluruh anggota badan untuk memupuk minat murid untuk belajar
                2. merangsang murid untuk aktif dalam pembelajaran

 Cara perlaksanaan aktiviti.

Berdasarkan situasi yang diberikan iaitu “ apabila sesi pengajaran berakhir , Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing. Wujudnya masalah di atas adalah disebabkan kerana Cikgu Daniel tidak mengambil berat terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan terhadap muridnya. Sehubungan dengan itu, Cikgu Daniel perlu mengubah kaedah dan gaya pembelajaran yang di lakukan semasa di dalam kelas.
1.  berdasarkan situasi di atas, aktiviti yang sesuai untuk mewujudkan adalah Cikgu Daniel boleh melakukan aktiviti latih tubi yang menarik. Sebagai contoh, setelah selesai mengajar, Cikgu Daniel boleh memberikan latihan kepada murid-muridnya . Pada masa yang sama, Cikgu Daniel boleh menerangkan kepada murid-muridnya , sekiranya sesiapa yang dapat menjawab dengan betul dan tepat akan diberikan ganjaran. Memberikan ganjaran adalah suatu peneguhan yang terdapat di dalam teori tingkah laku B.F Skinner.
2.       Antara ganjaran yang boleh diberikan adalah seperti gula-gula, bintang dan lain-lain lagi. Maka dengan itu, murid –murid akan membuat latih tubi dengan baik apabila seseorang guru menjanjikan sesuatu. Selain itu , setiap guru perlu peka terhadap situasi  yang berlaku di dalam kelas. Seterusnya, kaedah latih tubi boleh dipelbagaikan. 
3.      Sebagai contohnya, guru boleh memberikan soalan atau latihan yang mudah murid-murid di dalam kelas. Akhir sekali, sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan perlulah melihat kepada keadaaan murid-murid didalam kelas.

Kesimpulan:

Murid perlu diberi nafas baru dalam proses pembelajaran. semula jadi fitrah kepada murid untuk sukana keseronokan. nilai keseronokan yang dibawakn tidaklah melalalaikan murid bahkan sebagai satu wasilah kepada murid untuk lebih meminati ilmu. apabila murid mencintai guru yang mengajarnya, pasti mudah untuk murid memberi tumpuan ketika belajar

No comments:

Post a Comment